TAMAN AGRO AL-MASHOOR
Taman Agro Al-Mashoor terletak di No. 20, Kampung Taman Sedia, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur, lebih kurang 1.5 kilometer dari Bandar Tanah Rata. Keluasan Taman ini adalah 0.75 ekar berkonsep agro-pelancongan berasakan tanaman strawberi. Taman ini dibuka pada awal tahun 2008.
Komponen Taman Agro Al-Mashoor adalah:
- Tanaman strawberi secara bertingkat fertigasi
- Tanaman hiasan berpasu
- Tanaman kaktus
- Tanaman Orkid
- Pusat Jualan :
5.1 Buah strawberi segar
5.2 Produk hiliran berasakan strawberi seperti Jem, Kordial,
5.3 Halwa dan lain-lain.
5.4 Pelbagai jenis Teh Cameron Highlands
5.5 Pelbagai jenis madu
5.6 Tanaman Hiasan Berpasu
5.7 Pelbagai jenis Kaktus
5.8 Orkid jenis Phalaenopsis, Cymbidium dan Cattelya - Kawasan Café dimana pengunjung dapat menikmati minuman dan makanan ringan seperti scones, muffins, tarts, aiskrim, ice-blended dan sebagainya.
Kemudahan lain juga disediakan untuk keselesaan pengunjung seperti tandas awam, surau dan tempat istirehat.














