Produk
PRODUK-PRODUK YANG DIKELUARKAN OLEH SYED AGRICULTURE PRODUCTS & SERVICES
STRAWBERI SEGAR
Menjual serta memasarkan buah strawberi segar bagi permintaan pasaran di Cameron Highlands, Penang, Ipoh serta Kuala Lumpur. Buah strawberi segar dijual dengan harga antara RM15.00 – RM35.00 sekilogram mengikut gred. Harga purata ialah RM20.00 sekilogram.
JUS SEGAR
Minuman jus segar strawberi dihasilkan daripada buah segar tanpa sebarang bahan awetan,perasa dan perwarna.
JEM STRAWBERI

Jem yang dihasilkan menggunakan seratus peratus buah strawberi segar tanpa dicampurkan dengan bahan pengawet ataupun bahan pewarna.
KORDIAL STRAWBERI
Kordial strawberi merupakan salah satu produk yang dikeluarkan oleh Syed Agriculture Products & Services. Kaya dengan serat serta pelbagai vitamin. Kodial ini amat sesuai untuk di jadikan minuman pilihan
‘TOPPING SYRUP’
Proses penghasilan “Topping Syrup” agak sama seperti penghasilan jem tetapi agak berbeza dari segi komposisi hasilnya. “Topping Syrup”ini agak cair sedikit berbanding dengan jem. Ia sesuai dijadikan sebagai perasa tambahan dan sesuai dimakan bersama ais krim, lempeng (pancake),roti mahupun dijadikan sebagai perasa didalam kek.
HALWA STRAWBERI
Merupakan produk strawberi yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan pada ketika ini. Ianya dikeringkan serta dicampurkan gula menjadikan rasanya agak manis berbanding dengan buah strawberi segar. Halwa strawberi ini boleh disimpan didalam jangka masa yang panjang.
AIS KRIM
Merupakan produk yang menjadi pilihan utama para pengunjung yang berkunjung ke tempat kami. Merupakan ais krim “home made” yang mempunyai rasa yang berlainan daripada ais krim yang terdapat dipasaran. Seratus peratus menggunakan puri asal strawberi mengekalkan rasa semulajadi strawberi tersebut. Sesuai dimakan seisi keluarga.
*Kunjungi ke Taman Agro Al Mashoor dan dapatkan pelbagai jenis produk kami


